Laman Utama Muat_Turun Forum Direktori PPTM Carian FAQ
Info INTAN

Permohonan kursus dalam talian (iTIMS)

Bagi mempelbagaikan kaedah penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan, INTAN telah menyediakan kemudahan di mana penjawat awam boleh memohon kursus secara dalam talian.

Epsa

E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)

Portal pembelajaran yang mempunyai kemampuan bagi tujuan komunikasi, kolaborasi, penyampaian kandungan dan penilaian pelajar


Info PESIMA
Ucapan Yang Dipertua

Skim Perkhidmatan PPTM

Peraturan dan Polisi Forum

Perlembagaan PESIMA


Main Menu

Status Ahli PESIMA
 Welcome Guest
Join Us!



Register its free and you can access to the website

 Create an account
 Login:
User:


Password:


Remember me

Admins
Offline zulkifli 
Offline maddin 
Offline yoyoi 
Offline sazali 
Offline ppsmf29 
Offline amirulmukminin 
Offline ecam21 
Offline izzat 
Members:
Last: New Today:0
Last: New Yesterday:0
Last: Total:2505
Last: Last:
catherine
Members: Online
Members: Members:1
Guests: Guests:9
Total: Total:10
 Online Members
Online nyamuk 

Jalinan








APA HARUS ANDA LAKUKAN SEMASA BERLAKU GEMPA...
(448 Reads)
Berita Kerajaan Sekiranya anda di dalam bangunan
Tinggal kekal di dalam bangunan. Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut.

Begerak ke arah laluan sebelah dalam (ambang pintu atau bingkai berstruktur atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh. Ia juga akan mengurangkan impak daripada objek yang jatuh) di mana mungkin.

Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafas dalam keadaan di mana bangunan runtuh di sekeliling anda.
Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan lain-lain objek berat yang boleh menggelungsur dan jatuh. Gerakan bergulung boleh meremukkan cermin. Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh.
Peluk sesuatu (kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain) untuk menutup kepala dan muka daripada sampah-sarap dan serpihan kaca.

Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api disebabkan ada kemungkinan kebocoran gas.
Padamkan semua api.

Sekiranya anda di luar bangunan

Pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati jauh daripada talian kuasa, tiang letrik, pokok, bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu. Bahaya paling besar daripada sampah-sarap yang jatuh ialah di luar pintu dan hampir ke dinding sebelah luar. Jauhi daripada talian letrik yang jatuh.
Tinggal kekal di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.

Sekiranya di dalam stor yang sesak

Jangan tergesa-gesa untuk ke muka pintu atau keluar memandangkan beratus-ratus orang lagi mungkin mendapat idea yang sama. Sekiranya anda perlu meninggalkan bangunan, pilih jalan keluar dengan berhati-hati sebaik mungkin dan bertenang.
Jauhkan diri daripada rak-rak peragaan yang mengandungi objek-objek yang mungkin jatuh.

Note: Sumber maklumat:
http://www.met.gov.my/malay/perkhidmatan/seismologi/seismic_event.html
Posted by zulkifli on Sep 19, 2007 - 11:51 PM
Read full article: 'APA HARUS ANDA LAKUKAN SEMASA BERLAKU GEMPA...' (1517 bytes more) Send this story to someone Printer-friendly page
Pemakaian Panduan Pengurusan Pejabat Dalam Peperiksaan PTK
(2100 Reads)
Berita JPA Merujuk kepada surat JPA(K)(S)241/76-6(12) bertarikh 17 September 2007 menyatakan;

Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil 5 Tahun 2007 mengenai Panduan Pengurusan Pejabat bagi menggantikan Arahan Perkhidmatan berkuatkuasa mulai 30 April 2007.

Note: Sumber ; Petikan surat JPA(K)(S)241/76-6(12) bertarikh 17 September 2007.
Posted by zulkifli on Sep 19, 2007 - 02:16 AM
Read full article: 'Pemakaian Panduan Pengurusan Pejabat Dalam Peperiksaan PTK' (229 bytes more) Send this story to someone Printer-friendly page
Ramadan yang hebat!
(606 Reads)
Berita Agama PADA malam pertama Ramadan bahkan pada setiap malamnya, Allah akan berseru sebanyak tiga kali: “Adakah sesiapa di sana ingin meminta sesuatu lalu aku berikan. Adakah di sana orang yang ingin meminta keampunan, nescaya Aku ampunkan dosanya. Adakah di sana orang yang ingin bertaubat kepada Allah, maka Aku akan menerima taubatnya. (riwayat Muslim)

Begitulah hebatnya bulan Ramadan, kini bulan terhebat itu kembali lagi. Penghulu segala bulan. Kedatangannya patut diiringi dengan kegembiraan dan bukannya dengan ketakutan kerana terpaksa berlapar dahaga selama sebulan. Sahabat Nabi begitu gembira dengan kedatangan Ramadan dan menangis bila ia telah berakhir. Ini dijelaskan dalam hadis yang bermaksud: “Barang siapa merasa gembira dengan datangnya bulan Ramadan, maka Allah mengharamkan jasadnya masuk di semua neraka”.

Sungguhpun berpuasa pada bulan Ramadan merupakan salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan, tetapi ia masih ada kelonggarannya. Tanggungjawab ini dilonggarkan bagi mereka yang sakit, perempuan mengandung yang takut kandungannya bermasalah, orang gila dan beberapa golongan lain.

Segala aktiviti yang baik bagi mereka yang berpuasa akan mendapat ganjaran pahala. Nabi memaklumkan kepada kita bahawa tidur mereka dikira ibadat, diam mereka adalah tasbih, doa mereka diperkenankan dan dosa diampunkan. Segala kelebihan ini adalah untuk mereka yang benar-benar mengamalkan segala tuntutan agama ketika berpuasa.

Note: Sumber Utusan Malaysia.

* PROF. MADYA IZUDDIN ALI ialah pensyarah Matematik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu dan perunding motivasi.
Posted by zulkifli on Sep 17, 2007 - 11:55 PM
Read full article: 'Ramadan yang hebat!' (5428 bytes more) Send this story to someone Printer-friendly page
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2007- KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK
(6728 Reads)
PostNuke Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan
berkaitan kemudahan Cuti Menjaga Anak kepada pegawai wanita Perkhidmatan
Awam Persekutuan.

LATAR BELAKANG

2. Kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bertujuan membolehkan pegawai
wanita untuk menjaga dan menyusukan bayinya telah diperkenalkan melalui
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 dan kaedah pelaksanaannya
turut dijelaskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998.
Selaras dengan hasrat untuk memperkukuhkan budaya masyarakat penyayang,
Kerajaan telah bersetuju supaya kemudahan Cuti Menjaga Anak sedia ada
ditambah baik.



Note: “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(TAN SRI ISMAIL ADAM)

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Malaysia



JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

MALAYSIA

PUTRAJAYA

3 September 2007
Posted by zulkifli on Sep 05, 2007 - 12:43 AM
Read full article: 'PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2007- KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK' (4951 bytes more) Send this story to someone Printer-friendly page
China perkenal polis internet
(421 Reads)
Virus BEIJING: China menempatkan dua pegawai polis ‘maya’ bagi meronda ruang internet untuk membanteras kegiatan pornografi online dan aktiviti haram lain, lapor media tempatan, di sini semalam.
Pegawai polis maya itu adalah imej seorang lelaki dan seorang wanita yang muncul sama ada menaiki motosikal, berkereta atau berjalan kaki di bahagian bawah skrin pengguna komputer setiap 30 minit.

Dua anggota polis itu akan mengingatkan mereka mengenai peraturan keselamatan internet memantau pengguna laman web, kata akhbar China Daily.

Mereka akan memantau 13 portal berita utama dan semua halaman web serta forum online berpejabat di Beijing mulai Sabtu ini.

“Mereka akan memantau halaman web yang menunjukkan imej memberahikan, menggalakkan perkara tahyul, judi dan pemalsuan,” kata seorang pegawai Biro Keselamatan Awam Beijing yang dipetik akhbar terbabit.


Note: Petikan Berita Harian.
Posted by zulkifli on Aug 30, 2007 - 05:47 AM
Read full article: 'China perkenal polis internet' (944 bytes more) Send this story to someone Printer-friendly page

<   111121314151617181920212223242526272829303132333435364656   >

PENAFIAN
Mana-mana artikel yang disiarkan di dalam portal ini tidak semestinya menggambarkan pendapat dan pendirian rasmi PESIMA (kecuali dinyatakan sebaliknya). Ahli yang menghantar berita-berita adalah bertanggungjawab penuh terhadap segala kandungan posting yang dikemukakan..

Dibangun & Diselenggara oleh

PortalTeam PESIMA.NET
Email : infokskb@gmail.com

Hakcipta © 2004 -2010 Persatuan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat sektor awam (PESIMA).

d/a Pusat Infrastruktur Data Geospatial (Macgdi), Aras 7 dan 8, Wisma Sumber Asli, No 25 Persiaran Perdana, Precint 4, 62574 Putrajaya No Tel : 03-88861236 Nombor Pendaftaran : 1322-05-5