Laman Utama Muat_Turun Forum Direktori PPTM Carian FAQ
Info INTAN

Permohonan kursus dalam talian (iTIMS)

Bagi mempelbagaikan kaedah penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan, INTAN telah menyediakan kemudahan di mana penjawat awam boleh memohon kursus secara dalam talian.

Epsa

E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)

Portal pembelajaran yang mempunyai kemampuan bagi tujuan komunikasi, kolaborasi, penyampaian kandungan dan penilaian pelajar


Info PESIMA
Ucapan Yang Dipertua

Skim Perkhidmatan PPTM

Peraturan dan Polisi Forum

Perlembagaan PESIMA


Main Menu

Status Ahli PESIMA
 Welcome Guest
Join Us!



Register its free and you can access to the website

 Create an account
 Login:
User:


Password:


Remember me

Admins
Offline zulkifli 
Offline maddin 
Offline yoyoi 
Offline sazali 
Offline ppsmf29 
Offline amirulmukminin 
Offline ecam21 
Offline izzat 
Members:
Last: New Today:0
Last: New Yesterday:0
Last: Total:2505
Last: Last:
catherine
Members: Online
Members: Members:1
Guests: Guests:11
Total: Total:12
 Online Members
Online nyamuk 

Jalinan








Hindari Chikungunya
_POSTEDON Feb 02, 2009 - 01:05 AM by zulkifli

Berita PESIMA Anda mengalami demam panas, sakit-sakit sendi, ruam pada badan, atau sakit kepala? Segeralah berjumpa doktor anda.

KETIKA ada pihak yang tidak mahu laporan mengenai penyakit Chikungunya terus dihebohkan dalam media, lebih ramai yang mahukan informasi ini sampai ke pengetahuan mereka.

Ini bukan soal menimbulkan keresahan awam, tetapi tidak salah jika impak yang terbit daripadanya membuatkan masyarakat umum lebih bermaklumat, berwaspada dan seterusnya bertanggungjawab terhadap persekitaran mereka.


Mengikut risalah yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia, Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Ia pertama kali dikesan di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu, ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di negara-negara Eropah.

Walaupun ia adalah endemik, iaitu selalu terjadi di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, dan Asia Tenggara, namun ia bukanlah sejenis penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

Penyakit Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae. Ia berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut.

Ramai melabelkan Chikungunya sebagai 'adik-beradik' denggi yang turut berpunca daripada gigitan aedes yang menyebarkan virus penyakit tersebut.

Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari tiga hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya adalah di antara dari tiga hingga tujuh hari.

Soalan yang sering ditanyakan apabila muncul sesuatu penyakit adalah 'apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?'.

Maka, jawapan kepada soalan itu sangat bersifat kritikal, lantaran tindakan seseorang untuk mengenal pasti simptom-simptom penyakit Chikungunya boleh mempercepatkan proses rawatan dan untuk pesakit itu sembuh.

Antara simptom-simptom adalah seperti demam panas mengejut (demam yang mendadak boleh mencapai suhu 39 darjah Celcius), sakit teruk pada sendi (terutamanya sendi lutut, pergelangan dan jari), ruam pada badan dan sakit kepala. Seseorang pesakit boleh mengalami demam dari satu hingga lima hari atau seminggu.

Penyakit Chikungunya sering disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berusia pula boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

Seperti penyakit-penyakit lain yang disebabkan oleh virus, tidak terdapat sebarang rawatan khusus bagi Chikungunya. Penyakit ini biasanya akan berakhir dan pesakit boleh sembuh dengan sendirinya. Rawatan untuk pesakit luar lazimnya diberi berdasarkan simptom yang dialami pesakit.

Pendek kata, penyakit ini tiada vaksin. Namun pada masa yang sama, doktor akan memeriksa pesakit secara keseluruhan bagi mengenepikan kemungkinan penyakit lain yang lebih berbahaya.

Maka, sekiranya anda mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, anda dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.


Note: Biro Pendidikan PESIMA.

Hindari Chikungunya | Log-in or register a new user account | 0 Comments
Comments are statements made by the person that posted them.
They do not necessarily represent the opinions of the site editor.

PENAFIAN
Mana-mana artikel yang disiarkan di dalam portal ini tidak semestinya menggambarkan pendapat dan pendirian rasmi PESIMA (kecuali dinyatakan sebaliknya). Ahli yang menghantar berita-berita adalah bertanggungjawab penuh terhadap segala kandungan posting yang dikemukakan..

Dibangun & Diselenggara oleh

PortalTeam PESIMA.NET
Email : infokskb@gmail.com

Hakcipta © 2004 -2010 Persatuan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat sektor awam (PESIMA).

d/a Pusat Infrastruktur Data Geospatial (Macgdi), Aras 7 dan 8, Wisma Sumber Asli, No 25 Persiaran Perdana, Precint 4, 62574 Putrajaya No Tel : 03-88861236 Nombor Pendaftaran : 1322-05-5