Tugas Seorang PPTM
PENGHURAIAN KERJA PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29, F32, F38
1. SKIM PERKHIDMATAN
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
2. PERINGKAT ORGANISASI
Pelbagai Jabatan/ Agensi Kerajaan
3. RINGKASAN TUGAS
Bertanggungjawab dalam membangun program baru untuk sesuatu sistem
gunaan komputer, mengembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi
memenuhi keperluan semasa, menyelenggara sistem dan memberi latihan
serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.
4. SKOP FUNGSI BIDANG TUGAS
4.1 Bidang tugas Penolong Pegawai Teknologi Maklumat secara
umumnya adalah seperti berikut:
a. membangun aturcara baru dan menyelenggara aturcara sedia
ada untuk sesuatu aplikasi sistem maklumat dan memberikan
latihan serta bantuan teknikal kepada
pihak pengguna;
b. melaksanakan beberapa aplikasi sistem maklumat dan
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran IT dalam
melaksanakan fungsi tugas jawatan yang disandang; dan
c. membuat analisis dan menjadi sumber rujukan dalam bidang
tugas serta bertindak sebagai troubleshooter untuk mencapai
fungsi sesebuah organisasi.
4.2 Bidang tugas Penolong Pegawai Teknologi Maklumat boleh
dibahagikan kepada dua (2) bidang pengkhususan seperti berikut:
4.2.1 Pembangunan Aplikasi
a. Pembangunan dan Penyelenggaraan Aplikasi
i. Melaksanakan kerja-kerja membangunkan
program, menguji program, menyediakan
dokumentasi program, membantu dalam
penyediaan spesifikasi program serta
membantu dalam perolehan dan pengujian
perisian pembangunan sistem.
ii. Membantu menganalisa keperluan program di
sesebuah organisasi. Terlibat di dalam mereka
bentuk, pengekodan (coding) dan
menyelenggara sistem serta berkeupayaan di
dalam menyelesaikan masalah
(troubleshooting dan problem solving) yang
berkaitan dengan program dan sistem di
sesebuah organisasi.
iii. Membantu dalam pengawalan perkakasan,
perisian dan jaringan data.
iv. Membantu dalam penyediaan spesifikasi dan
urusan perolehan perkakasan/ perisian.
v. Memasang/ menguji perkakasan, perisian dan
rangkaian.
b. Pengurusan Pangkalan Data
i. Membantu dalam kerja-kerja membangun,
mengurus dan mentadbir keberkesanan
pengurusan pangkalan data yang terdapat di
sesebuah organisasi.
4.2.2 Sistem Operasi
a. Pengurusan Rangkaian
i. Membantu dalam membangun, mengendali,
menyelia dan memastikan web server,
penyokong Local Area Network (LAN) dan
penyokong Wide Area Network (WAN),
sambungan internet dan intranet di sesebuah
organisasi berjalan dengan baik dan lancar.
b. Sistem Operasi
i. Membantu dalam membangun, mengendali,
menyelia dan memastikan operasi server
administration, sistem terbuka seperti Linux,
Unix OS/2 dan lain-lain berfungsi dengan baik
di sesebuah organisasi.
ii. Memberi khidmat nasihat kepada pengguna
serta melapor masalah sistem/ program untuk
pembaikan.
c. Multimedia
i. Bertanggungjawab di dalam membantu
membangunkan serta mengendalikan laman
web sesebuah organisasi supaya dapat
berfungsi dengan baik dan lancar.
Sumber Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2006