Laman Web Rasmi Persatuan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Sektor Awam Malaysia
Akta Halal elak restoran guna logo tak diiktiraf
<description>Jakim dedah premis tipu pengguna beragama Islam melalui laman web
PENDEDAHAN maklumat mengenai pihak yang menyalahgunakan logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh menjadi amaran kepada pihak lain supaya tidak melakukan kesalahan sama. 
Pengarah Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar, berkata penyebaran maklumat itu oleh Jakim melalui laman web adalah langkah memudahkan pengguna mengetahui syarikat atau premis yang diserbu kerana menggunakan sijil halal palsu Jakim serta tindakan dikenakan terhadap mereka. </description>
JPA tidak cadang mansuh sistem 'pool'
<description>KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak bercadang memansuhkan sistem ‘pool’, sebaliknya kajian komprehensif terhadapnya akan menumpukan kepada usaha memperbaiki kaedah kaunseling penjawat awam bermasalah. 
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, juga menjelaskan tidak semua penjawat awam yang dimasukkan ke dalam ‘pool’ dihukum kerana berhadapan masalah dalam perkhidmatan. </description>
Mengumpan mangsa yang lalai
<description>SERING kita digemparkan dengan kes-kes jenayah siber membabitkan penggodam profesional yang menceroboh laman-laman web kerajaan dan bank-bank bertaraf antarabangsa.
Perbuatan itu mengakibatkan kerugian dan kerosakan, termasuk pindahan wang bernilai jutaan ringgit. Akhirnya, kes-kes berkenaan dilupakan begitu sahaja.
Kes sedemikian seakan-akan tiada kesan jangka panjang kepada sesiapa pun, sedangkan masyarakat seharusnya berasa bimbang. Semua itu boleh bermula dengan pembabitan akaun e-mel peribadi yang sering dilihat sebagai tidak mempunyai nilai.</description>
OWASP Malaysia
<description>You`re invite to join OWASP Malaysia Project. OWASP mean Open Web Application Security Porject and focus to Security for Web Application. OWASP was full range of security tool for many language, scripting and Web Application it self. Feel free to join register to OWASP Malaysia mailinglist. We will update if we have any events,seminars,training and related to our project.
MIMOS Enterprise PHP TechTalk 2010
<description>Be part of the wave!
Join us at ENTERPRISE PHP TECHTALK 2010 as we continue to promote PHP
awareness, best practices and its usage in enterprise cloud computing.
This event is a part of our PHP Centre of Excellence (CoE) program to
contribute back to the community and support innovation growth. PHP
Rocks!
The highlight of the event is the keynote speech from Siddhartha
Agarwal (Vice President, Americas and Emerging Markets Field
Operations, Zend), Hans Zaunere (President and Founder, New York PHP)
, Rama Yurindra (CTOs Rynet Singapore, President Director PHP
Indonesia) ,Ahmad Amran (CEO AIST, PHP Malaysia Community) and many
more</description>
Seminar Technology Update (TU) Siri 1/2010
<description>INTAN dengan kerjasama DATUMSTRUCT (M) SDN BHD akan menganjurkan Seminar Technology Update Siri 1/2010 dengan tema "GREEN DATA CENTER". Objektif seminar ini adalah memperkenalkan teknologi terkini dalam pengurusan pusat data yang berkonsepkan persekitaran hijau dan membekalkan maklumat mengenai kepentingan virtualization dalam pengurusan data. </description>
Menilai Kembali Tahun 2009
<description>Setelah satu dekad dalam abad ke-21, minggu hadapan bakal menyaksikan permulaan dekad baru. Bagaimanapun, tahun 2010 mungkin diselubungi ancaman gelombang kedua Influenza A H1N1 dan peningkatan kes penyakit kronik. Namun, mungkin suasana 2009 dapat menunjukkan jalan lebih baik untuk kita melangkah ke hadapan.
Makanan
Subjek ini merupakan yang paling sinonim dengan rakyat Malaysia, dan mungkin juga paling banyak dibincangkan dalam ruangan Kesihatan selama ini. Secara realistiknya, kebanyakan rakyat negara ini berada pada tahap 'terlalu banyak' pilihan dan terlebih makan.
Walaupun masih ada segelintir rakyat yang hidup dalam kesusahan, peningkatan mendadak kes penyakit berkait dengan makanan menjadi bukti tahap kemewahan makanan di Malaysia - sesuai dengan jolokan syurga makanan. Penyakit seperti obesiti, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, penyakit jantung, strok dan bermacam lagi bukan sahaja menyerang golongan dewasa, malahan kanak-kanak seawal usia belasan tahun.</description>
World Computer Security Day - 30 November 2009
<description>World Computer Security Day (WCSD) is an annual event that is observed worldwide. It is opened to anyone or any organisation in the world that would like to observe and celebrate it in their own ways. 
WCSD was started in 1988 to help raise awareness of computer related security issues. In Malaysia, this year 2009 is the first time that the WCSD is celebrated in an organised manner, driven by CyberSecurity Malaysia, the National Cyber Security Specialist Centre, which is an agency under the purview of the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI).
Antara manfaat, mudarat Internet
<description>KUALA LUMPUR: Berfikir sebelum klik! Langkah berhati-hati itu boleh menyelamatkan diri anda daripada menjadi mangsa penipuan di dalam Internet, malah menunjukkan anda seorang yang cerdik dan pintar menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT).
Alam siber yang mengamalkan dasar langit terbuka dan tanpa garis sempadan tentunya menghidangkan pelbagai maklumat, sama ada berunsur positif yang memberikan manfaat atau negatif yang mendatangkan mudarat. 
Ketika dunia didedahkan dengan jaringan Internet, negara kita agak ke depan meneroka bidang ini, malah masyarakat kita juga lebih celik dalam penggunaannya jika dibandingkan dengan sesetengah rakyat di negara lain.
Perangkaan terkini menunjukkan seramai 16.5 juta pengguna Internet di negara ini iaitu satu jumlah yang cukup besar jika dibandingkan dengan jumlah penduduk seramai 26 juta orang. </description>
Jerat jenayah siber
<description>SERDANG: Sifat tamak dan cepat teruja dengan tawaran lumayan dalam Internet seperti skim cepat kaya dikenal pasti menjadi punca utama menyebabkan jenayah siber semakin bermaharajalela, sehingga sesiapa saja boleh menjadi mangsa dan mengalami kerugian dalam sekelip mata.
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt Kol (B) Husin Jazri, berkata melalui penyelidikan dan siasatan pihaknya mendapati sifat tamak sesetengah individu menjadi penyumbang besar kepada kes jenayah siber.
Menurutnya, individu yang mudah teruja, ditambah dengan sifat ingin cepat senang dan kaya dalam tempoh singkat tanpa usaha sewajarnya boleh menyebabkan semakin tinggi peluangnya untuk menjadi mangsa kepada penipuan di alam siber.
“Kami dapati ancaman terbesar kepada jenayah siber ini ialah diri kita sendiri iaitu perasaan tamak dari dalam diri serta kurangnya pengetahuan dan kemahiran mengenai teknologi maklumat.
Najib mahu semua kementerian proaktif guna ICT
<description>09/11/2009 11:20am
PUTRAJAYA 9 Nov. — Semua kementerian perlu mengambil tindakan proaktif untuk memaksimumkan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dalam penyampaian perkhidmatan awam memandangkan ia dapat meningkatkan taraf hidup dan imej kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri bagaimanapun berkata, perkhidmatan e-kerajaan seharusnya selangkah lebih maju dalam semua urusan kerajaan dengan menyediakan jenis perkhidmatan yang diperlukan oleh rakyat termasuk menggunakan sepenuhnya pelbagai kaedah multimedia yang ada.
"Hanya setelah rakyat menggunakan perkhidmatan ini dan mendapat manfaat daripadanya, barulah kita boleh menganggap penyampaian perkhidmatan awam telah berjaya,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC) di sini hari ini. Ini merupakan kali pertama beliau mempengerusikan mesyuarat majlis itu sejak mendjadi perdana menteri April lepas.
Seminar Technology Update Bil 4/2009 - Wireless Security
<description>Tarikh : 20 Oktober 2009 (Selasa)
Tempat : Dewan Sri Baiduri, INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Anjuran Bersama : INTAN dan Secured Solutions (M) Sdn. Bhd.
OBJEKTIF SEMINAR :
• Memperkenalkan Teknologi terkini dan Maklumat mengenai Rangkaian Tanpa 
   Wayar.
• Memberi pendedahan kepada langkahlangkah yang perlu di ambil perhatian bagi menjamin keselamatan rangkaian tanpa wayar.
The Malaysian Government Open Source Software Conference
<description>MyGOSSCON 2009 is Open For Registration
Dear all,
The third premier annual OSS conference, “The Malaysian Government
Open Source Software Conference” (MyGOSSCON 2009) will be held from
4th to 6th November 2009 at Putrajaya International Convention Centre.
The registration for participating in MyGOSSCON 2009 is now open! Please visit
http://mygosscon.oscc.org.my/2009/registration/
for more details.
Please also visit http://mygosscon.oscc.org.my/ for any other latest
information on MyGOSSCON 2009.
Target Audience
While MyGOSSCON 2009 is directed primarily at Government of Malaysia
(GOM) agencies, attendance is open to participants from outside the
Public Sector.</description>
Amaran Phishing
<description>Terdapat laman-laman web yang dibangunkan bertujuan untuk mencuri maklumat peribadi dan rahsia anda. Laman-laman web tersebut menyerupai laman web perbankan internet yang asli. Laman web ini dipanggil laman web Phishing. Laman web Phishing mengaburi pengguna dalam cubaannya bagi mendapatkan maklumat akaun bank, kata laluan dan lain-lain maklumat peribadi. Mangsa biasanya didorong untuk melayari laman web phishing setelah menerima e-mel atau sms yang mengarahkan penerima untuk menyelesaikan masalah berkaitan akaun mereka. Bagi mereka yang kurang mengetahui, arahan tersebut seakan asli dan khuatir akaun mereka digantung, mereka akan menuruti apa yang diarahkan termasuk memberikan kata laluan bagi akaun perbankan internet mereka. Pihak ketiga yang membangunkan laman web phishing tersebut akan menggunakan maklumat yang diperolehi daripada mangsa-mangsanya untuk memindahkan wang dari akaun mangsa tanpa pengetahuan mereka.</description>
 Persiapan Menyambut Aidil Fitri & Amalan Sesudahnya
<description>Khutbah Jumaat - 18 September 2009 
Sidang jumaat yang dirahmati Allah SWT.
Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dimana sekalipun kita berada. Samada ketika kita bersendirian mahupun ketika bersama orang lain. Marilah kita memperbanyakkan zikrullah di sepanjang bulan ramadhan yang mulia ini. Mudah-mudahan dengan zikrullah ini akan dapat memberikan ketenangan dalam diri kita dan seterusnya dapat menyambut bulan ramadhan ini dengan penuh kesabaran.
Kaum muslimin yang dirahmati Allah SWT.
Tidak berapa lama lagi, kita akan menyambut hari lebaran, yakni hari kemenangan bagi orang-orang yang telah menjalani ibadah puasa selama sebulan didalam bulan ramadhan. Lazimnya bagi kaum muslimin di tanahair kita saban tahun,setiap kali menjelang bulan syawal, mereka sibuk membuat persiapan untuk menyambut eidulfitri yang bakal tiba.</description>
Info Kekosongan F32 di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah, Negeri Sembilan
<description>Salam,
Saya merupakan Pegawai Teknologi Maklumat dari Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Saya ingin memohon bantuan dari pengendali laman ini untuk mengiklankan kekosongan Jawatan F32 di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan ini. Untuk pengetahuan, koleh terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Persiapkan Diri Menghadapi Bulan Ramadhan Al-Mubarak
<description>Alhamdulillah, bulan Ramadhan bakal tiba lagi. Satu bulan yang memang dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia. Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Oleh itu kedatangannya memang ditunggu kerana bulan ini menjanjikan peluang yang besar untuk seluruh umat Islam meningkatkan keimanan dan ketakwaan.
Di dalam bulan Ramadhan, seluruh umat Islam diwajibkan berpuasa. Ini diterangkan dengan jelas dalam ayat 183, surah Al-Baqarah yang membawa maksud; "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."
Selain itu ayat 185, surah Al-Baqarah juga menyatakan dengan maksudnya bahawa ".( Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur." </description>
Daftar Sebagai Rakan mySMS 15888 - Kini Percuma
<description>Gerbang SMS Kerajaan (mySMS 15888) telah dibangunkan oleh MAMPU sebagai platform bagi agensi-agensi Kerajaan menyampaikan perkhidmatan menerusi saluran Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan satu nombor tunggal, 15888. Inisiatif mySMS 15888 ini telah dilancarkan oleh YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara pada 31 Julai 2008 di PICC, Putrajaya bersempena Persidangan CIO Sektor Awam 2008. Sehingga kini sebanyak 84 agensi Kerajaan telah melaksanakan perkhidmatan mySMS dengan lebih dari 1000 perkhidmatan telah disediakan untuk capaian pengguna.</description>
AMALAN SUNAT DALAM BULAN-BULAN ISLAM
<description>BULAN MUHARRAM
	Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (puasa Tasua')
	Tanggal 10hb disunatkan berpuasa (puasa Asyura)
	Dalam bulan ini disunatkan agar memperbanyakkan amalan bersedekah kepada fakir miskin
	Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga
	Mengusap kepada anak yatim dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap mereka
	Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat
	Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak-anak yatim.
	Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta-minta selama hidupnya
BULAN SAFAR
BULAN RABIUL AWWAL
BULAN  RABIUL AKHIR
BULAN JAMADIL AWWAL
BULAN JAMADIL AKHIR
Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.</description>
Seminar OpenOffice.org
<description>INTAN dengan kerjasama Open Source Competency Centre (OSCC), MAMPU akan mengadakan seminar OpenOffice.org yang bertajuk "Route to OpenOffice.org. Sehubungan dengan itu, adalah dijemput pegawai dan kakitangan Kementerian/Jabatan/Agensi untuk menghadiri seminar tersebut.
Seminar ini akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut :
              Tarikh : 30 Jun 2009
              Masa   : 8.00 pg hingga 1 tgh
              Tempat : Auditorium INTAN
                            Kampus Utama Bukit Kiara
Untuk maklumat lanjut, hubungi :
Muhammad Safwan Abdullah (03-2084 7703) / safwan@intanbk.intan.my
Julia Inne Azrina Mohammad (03-2084 7723) / julia@intanbk.intan.my
Sekolah Terengganu guna e-Book
<description>KUALA TERENGGANU - Seramai 10,438 murid tahun lima dari 127 sekolah di negeri ini akan mula belajar menggunakan buku elektronik 'e-Book' dengan penyerahan buku itu bermula semalam.
Ia merupakan fasa pertama daripada jumlah keseluruhan 25,000 unit e-Book yang akan diserahkan kepada pelajar pada tahun ini secara berperingkat melalui Pejabat Pendidikan Daerah.
Menurut Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, dengan pelaksanaan program itu, pelajar dapat menguasai teknologi maklumat dan tidak perlu lagi membawa beg yang berat ke sekolah.
Jelasnya, e-Book itu dilengkapi perisian buku-buku teks sekolah rendah serta perisian tambahan termasuk al-Quran, doa dan amalan solat.</description>
Waspada panggilan, sms minta maklumat perbankan peribadi
<description>KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada jika menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS) meminta maklumat perbankan peribadi mereka. 
Pemanggil dan SMS yang dihantar mendakwa mereka dari bank pusat itu atau bank-bank komersil lain. 
BNM dalam satu kenyataan hari ini menyebut, tidak ada jabatan yang dikenali sebagai "Unit Kad Kredit Palsu" di Bank Negara atau nombor telefon 8659-XXXX. 
Amaran PTPTN kepada peminjam
<description>KUALA LUMPUR 26 Mac - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memberi amaran kepada peminjam supaya tidak mengambil kesempatan dengan melengah-lengahkan pembayaran berikutan langkah kerajaan membolehkan mereka menangguhkan bayaran balik pinjaman.
Ketua Eksekutif PTPTN, Yunos Abdul Ghani menegaskan, sebarang permohonan untuk menangguhkan bayaran balik tidak akan diluluskan dengan sewenang-wenangnya.
Katanya, pemeriksaan teliti akan dilakukan sebelum itu bagi memastikan hanya yang benar-benar tidak mampu sahaja layak mendapat kemudahan berkenaan.</description>
Remove Virus “Jambanmu”
<description>Kini ada pulak virus baru bernama “JambanMu.com”, oleh “trojan.win32.vb.ayo”, yang juga dikenali sebagai “flash.10.exe”. Nama lain baginya ialah “W/2.Virus.Jamban.Busuk.BlaBla”.
Virus ini akan menyebabkan PC anda menjadi sangat lembab di mana sebagai contoh, untuk membuka Notepad, anda akan mengambil masa selama lebih kurang 20 saat!
Buat masa sekarang ni, anti-virus AVG, Zone Alarm, Symantec dan Kaspersky 2007 masih lagi belum dapat ‘clean’kan virus ni. Zone Alarm dan AVG hanya dapat quarantine sahaja. Awas!</description>
Panduan Permohonan Peperiksaan PTK bagi PPTM
<description>1. Calon – calon yang layak (yang telah disahkan dalam jawatan sahaja) digalakkan 
    memohon seawal mungkin sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang 
    diterima selepas tarikh tutup akan ditolak. 
2. Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE melalui laman web Jabatan 
    Perkhidmatan Awam (JPA) http://www.kompetensi.jpa.gov.my/exam/mohon/. 
    Slip akuan terima permohonan hendaklah dicetak sebagai bukti permohonan 
    telah dibuat. 
3. Calon – calon yang tidak mendaftar TIDAK DIBENARKAN menduduki 
    peperiksaan. 
4. Maklumat yang dikemukakan oleh pemohon melalui laman web JPA hendaklah
    benar dan mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan. Sekiranya didapati 
    maklumat yang diberikan tidak benar, keputusan peperiksaan Penilaian Tahap 
    Kecekapan (PTK) berkenaan akan TERBATAL. 
5. Calon – calon hendaklah/boleh menyemak pusat dan angka giliran peperiksaan 
    melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) DUA (2) 
    MINGGUsebelum   peperiksaan. 
6. Calon – calon hendaklah MENCETAK DAN MEMBAWA SLIP ARAHAN
    CALON ketika  menghadiri peperiksaan. 
7. Calon – calon TIDAK DIBENARKAN MENUKAR PUSAT PEPERIKSAAN
   kecuali telah mendapat kebenaran secara bertulis daripada urus setia Unit 
   Peperiksaan, Cawangan Pengurusan Kompetensi, JPA. 
8. Calon – calon hendaklah MENGISIKAN NAMA DAN ALAMAT PEJABAT DENGAN 
    LENGKAP semasa mengisi borang permohonan secara ONLINE. 
9. Calon – calon DIWAJIBKAN BERPAKAIAN PEJABAT SEMASA MENGHADIRI 
    PEPERIKSAAN. Jika tidak mematuhi peraturan, Ketua Pengawas boleh 
    menghalang calon – calon daripada menduduki peperiksaan. </description>